Pasar Ramadhan 2011

Alhamdulillah..sudah 20 hari kita menjalani ibadah puasa.semoga ibadah yang kita jalani diterima Allah dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..Insyallah.

Sepanjang Ramadhan tahun ini..Yunie ada berkesempatan ke Pasar Ramadhan Shah Alam..meriah sungguh..bermacam2 juadah dijual..rasa macam nak beli semuaaaa(ish ish nafsu nafsu..)..nasib baik di dalam perjalanan ke Shah Alam tadi Yunie sudah senaraikan apa yang hendak dibeli..
nak share...ada 3 rule yang Yunie selalu amalkan sebelum ke pasar Ramadhan..(boleh jua diamalkan semasa nak membeli belah tempat lain..)

1-Plan apa yang hendak dibeli
Haaa..mesti kena plan tau..kalau tak..macam2 yang dibeli nanti..tak pun..disebabkan terlalu banyak pilihan..sampai tak tahu nak beli apa..kesudahannya berbuka puasa dgn kuih di dalam kereta..ish ish..

2-Bawa duit cukup2
Haaa tadikan dah plan..so bawak duit secukupnya..jangan terlebih banyak kerana ia akan membuatkan anda membeli sehingga duit tu habiss!! Dan jangan bawak duit tak cukup pulak..nanti penat nak buat muka comel dan muka kesian semasa pujuk makcik kat pasar untuk masuk bil dalam buku 555(erkkk..boleh ke??.. Hhahah)

3-Tanya diri..Keperluan atau Kemahuan
Haa..sebelum order tu..pk dulu...keperluan atau kemahuan..jangan pula nanti dikuatiri jadi pembaziran...

Tu la sedikit sebanyak yang Yunie amalkan..tapi kadang2 tu ..sesekali sekala tu break the rule jugak..hahah..yang tak baik jangan ikut tau..haha

Haa cakap pasal makanan..baaanyaaakk sangat yang dijual..Yunie paling suka cendawan goreng..susah nak dpat yang ni tau..ada diantaranya yang menarik perhatian Yunie adalah ikan pekasam dan ikan patin masak tempoyak..

Yummy..teringat kampung halaman..

Di bawah ini adalah ikan pekasam..sedap tau..

1 comments:

Wan Fatimah said...

Salam yunie..if not mistaken yunie sek peramu jaya dlu kan..pnah dok pekan?