Alhamdulillah..selesai sudah larian Standard Charted Fun Run 2011.. tersangat la seronok..ini first time yunie join larian macam ni..selama ni syok sendiri je lari di gym or taman kat rumah..lari je ikot speed yang entah ape2 :-P..hehe..bila dah sertai larian macam ni..barulah tahu setakat mana keupayaan sendiri...ape pun..yang penting enjoy.. :)
Larian 5km katenye..tapi lepas lari..iPod ni tulis 6.44km..lebih kurang 7 km lah..memang la semput..selama ni berlari practice 5 km aje..hehehe..(tipu tipu tipuuuu...)..tulah..sepatutnya, kalau larian tu 5 km..practice mestila at least 2km lebih dari jumlah larian..baru la boleh berlari dengan tenang sambil tersenyum and sambil post...xde la tercungap2 macam ikan xde air...hehehe..
Pada 28 May 2011..jam berbunyi 6.30am..adoi..dah lambat ni..dah la perjalanan dari rumah ke sana lebih kurang 45 minit..dalam hati ni tawakal je..kalau ada rezeki Allah nak beri yunie join run ni..insyallah sempat sampai sana sebelum larian bermula..dah la jalan di Purtajaya ni memang fail lah..tambahan pula banyak jalan ditutup sempena Hari Belia..nasib baik ada banyak signboard + arrow menunjukkan jalan ke lokasi..alhamdullah sempat sampai..ni gambar sebelum larian...Flag Off pukul 8.00am..
Sementara menunggu pukul 8.00 am.sempat bergambar dengan rakan2 seangkatan..rasa sangat seronok..mission jangka pendek adalah untuk memastikan diri ini menamatkan larian..kalau menang or dapat hadiah tu adalah bonus..almaklum la..pertama kali join aktiviti macam ni..tak mahu nak meletakkan harapan tinggi (hehehe..alasan je kan kan kan)..
Semasa larian..sempat cikhabibi amek gambar..masa lari ni..mainkan lagu kegemaran..memang dah tak dengar dah ape orang cakap..
Selepas Larian :)
Alhamdulillah..semuanya selamat sampai dengan selamat :) mudah2han boleh la join aktiviti lain pulak lepas ni..btw..saya dah register Shape Night Run 2011 anda bila lagi..pada yang dah register tu..jumpa di sana yer :) adios~
Here u go, ..teringat masa mula minat dengan berlari ni since last year..mulanya cuma suka-suka..lama2 berlari ni menjadi sesuatu menyeronokkan..mula2 memang rasa penat dan malas..tapi yunie suka feel selepas berlari tu..rasa segar je dan rasa sihat!!
One day terjumpa website Nike+plus ni.. tak sangka rupanya ada running gear yang boleh menambahkan keseronokan larian..mana taknya, dengan menggunakan running gear ini..boleh mengetahui jarak larian, kelajuan larian, jumlah pembakaran calory dan etc..nanti yunie cerita dengan lanjut bekenaan dengan Nike+plus ni ya..
Jom Berlari @ Standard Charted 5KM Fun Run 2011 pada 28 May ini (Sabtu)
kebiasaanya yunie lari kat gym je..almaklumlah dengan kadar jenayah di Malaysia ni..kes simbah asid ..ragut dan etc (eeee seram nak senaraikan kes2 jenayah ni..mintak di jauhkan la)..rasa macam xselamat untuk berlari sorang2..sebab tu yunie pilih gym..rasa selamat dan selesa..tak kira hujan atau panas..boleh berlari juga :)..akibat sudah mula terjebak dengan dunia larian ni.. ni pertama kali yunie nak cuba sertai larian FUN RUN ni..btw..larian ini diadakan sempena Hari Belia 2011 di Putrajaya..macam menarik aje kan.. ayuh sahabat sekalian..mari sertai larian ini..boleh dapatkan borang dan maklumat di sini..
jumpa di sana :)
sedikit sebanyak mengenai larian ini..
Acara Standard Charted 5KM Fun Run 2011
Lokasi Putrajaya
Tarikh 28 May 2011, Sabtu
Masa 6.30 am
Jarak 5km dan 3km (Costume dan Celebrity Run)
Yuran Freeee i Loike :))