Solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan dosa dan maksiat

Assalamualaikum..  Tazkirah Jumaat

Solat itu dapat mencegah seseorang daripada melakukan dosa dan maksiat

ABSTRAK

Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Allah s.w.t menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran .Walau bagaimanapun, banyak orang yang melakukan ibadah sembahyang, namun tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa lain yang disengajakan yang tidak seharusnya berlaku. Sembahyang diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Sembahyang punca ketenangan jiwa. Seorang Islam yang taat dan dapat menikmati serta memahami sembahyang akan mendapat kekuatan jiwa juga keteguhan semangat dalam menghadapi segala dugaan. Sembahyang mengajar dan mendidik manusia bersifat tenang . Sebagai cara-cara memahami solat ialah dengan menghayati maksud kalimah yang dituturkan. Ramai yang tahu makna kalimah-kalimah yang dituturkan, sama ada ijmali atau tafsili namun tidak mampu menghayatinya. Kesan sembahyang yang khusyuk pula ialah membantu untuk tidak melakukan perkara maksiat dan mungkar. Selepas mengamati dan menghayati bacaan, maka akan terhakislah sikap-sikap hodoh yang ada pada diri sendiri. Secara kesimpulannya solat adalah tiang agama dan tonggak kepada kehidupan. Elakkan daripada terjebak dengan perkara yang boleh merosakkkan penumpuan minda ini boleh mencederakan sembahyang itu. Dengan ini, maksudnya sembahyang tadi tidak tercapai, sukar untuk seseorang itu memahami setiap bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi, cara terbaik untuk menghindari maksiat dan mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap maksud bacaan tersebut.

PENDAHULUAN

Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Termasuk dalam kemungkaran itu dosa besar contohnya membunuh, berzina, memakan harta anak yatim dan juga dosa-dosa kecil yang dilakukan terus menerus. Allah s.w.t menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran. Walau bagaimanapun, banyak orang yang melakukan ibadah sembahyang, tetapi tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa lain yang disengajakan, yang tidak seharusnya berlaku. Allah s.w.t menegaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Seseorang itu juga perlu memahami kesan sembahyang terhadap pembentukan peribadi. Sembahyang juga memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu perlu memahami makna sesuatu yang dibaca ketika bersembahyang, sama ada dengan cara ijmali (menyeluruh) atau tafsili (satu persatu/terperinci) dengan tujuan untuk memperoleh rasa khusyuk dalam solat berupaya membentuk diri orang yang berkenaan. Manusia perlulah berusaha mencari jalan supaya dapat khusyuk dan memahami solat agar dapat menegah kita daripada melakukan kemungkaran dan juga maksiat. Orang yang sembahyang kerana malu pada jiran-jiran akan melakukannya ketika dorongan tersebut wujud. Apabila pendorong itu tidak wujud, ia tidak akan sembahyang atau melakukannya tetapi dalam keadaan sambil lewa. Orang yang melakukan ibadah tanpa ikhlas mudah ditipu iblis ( al-Hijr : 36-40). Apabila adanya kehadiran iblis di dalam jiwa seseorang itu, maka mudahlah untuk mereka ditipu dengan senang oleh iblis. Disebabkan itulah, mereka bersolat namun tidak mendapat faedah selain mendapat penat sahaja. Allah s.w.t memerintahkan sembahyang kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana tujuan sembahyang itu agar dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.
PENGERTIAN SOLAT

Dari sudut bahasa, sembahyang sering diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Dari segi syarak, sembahyang diertikan sebagai beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan dalam keadaan beribadah kepada Allah s.w.t, dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.

SEMBAHYANG PUNCA KETENANGAN JIWA

Sembahyang mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran dan maksiat kerana sembahyang ialah punca ketenangan jiwa. Seorang Islam yang taat dan dapat menikmati serta memahami sembahyang akan mendapat kekuatan jiwa juga keteguhan semangat dalam menghadapi segala dugaan. Sembahyang mengajar dan mendidik manusia bersifat tenang. Hanya dengan ketenangan, seseorang itu dapat menikmati hakikat sembahyang dan mengejarkannya dengan khusyuk, terutamanya ketika melakukan tamakninah. Sembahyang tidak sah, tanpa tamakninah. Tegasnya, sembahyang itu mendidik diri supaya bersifat tenang dan tertib.( Dr Amran Kasimin,11). Apabila kita solat, kita mendekatkan diri lagi kepada yang Esa, menjadikan setiap amalan yang kita lakukan hanyalah mengharapkan ampunan dan Redhanya, mengabdikan diri kepadaNya dan perasaan takut akan azabNya yang tidak terperi. Perasaan inilah yang akan menjadikan kita jauh dari perkara-perkara mungkar dan maksiat yang dilarang Ilahi.

SEMBAHYANG MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN DOSA

Apabila solat dikatakan tidak dapat membantu membentuk diri pelakunya bermaksud sembahyangnya yang tidak betul. Sembahyang yang tidak betul tidak dapat mencegah seseorang dari melakukan perbuatan tidak bermaruah. Jika kita sembahyang dan masih melakukan perkara terkeji, bermakna sembahyang kita masih lagi tidak betul. Manakala sembahyang yang betul ialah seperti mana dalam Firman Allah s.w.t: ‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Surah Al-Ankabut,45)

Allah s.w.t telah berfirman bahawa solat itu mencegah dari melakukan kemungkaran, maka perlulah kita berusaha untuk khusyuk dalam solat. Kita hendaklah ingat kepada Allah semasa sembahyang untuk menghayati maksud solat itu sendiri.

MEMAHAMI BACAAN SEMBAHYANG

Manusia yang tidak mampu membentuk diri mereka melalui solat ialah mereka yang tidak memahami maksud setiap bacaan yang dibaca ketika bersolat dan juga mereka yang tidak mengambil berat tentang solat itu sendiri. Ramai yang tidak memahami setiap bacaan dan sekadar membacanya dan juga ada yang memahami namun tidak ambil peduli dengan setiap bacaan tersebut. Sebagai seorang manusia yang soleh, perlulah memahami setiap bacaan yang dibaca dalam solat. Memahami bacaan bermaksud memahami maksud kalimah yang dituturkan. Ramai orang tahu makna kalimah-kalimah yang dituturkan, sama ada secara ijmali atau tafsili, tetapi tidak dapat menghayatinya. Hal ini sangat penting kerana dengan memahami setiap maksud bacaan itu, dapat memberikan kefahaman dan dengan itu dapat menyumbang kepada khusyuk dalam solat seperti mana yang perlu setiap muslimin lakukan. Sebahagian daripada kita tahu kalimah tersebut tetapi tidak tahu makna disebaliknya. Jadi, dengan itu solat mereka tidak mampu mengelakkan diri mereka daripada melakukan kemungkaran( Dr Amran Kasimin,117). Maksudnya kita masih belum lagi memahami setiap apa yang kita lafazkan di dalam solat, bahkan kata-kata yang dilafazkan itu masih belum lagi mampu untuk masuk ke hati, melekat di situ dan meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada diri dan setiap perbuatan kita. Oleh kerana itu, solat 5 waktu sehari semalam tidak mampu membentuk mereka kerana mereka sendiri yang mengabaikan solat itu dengan tidak memahami maksud-maksud dan mengamalkan setiap perintah yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

KESAN SEMBAHYANG YANG KHUSYUK

Terdapat banyak kesan-kesan solat yang khusyuk kepada kehidupan setiap umat Islam. Antaranya ialah dapat mengawal diri. Orang yang solat sentiasa mengawal hati, pemikiran, perasaan dan anggotanya agar tidak membuat kerja selain yang menjadi rukun qauli, qalbi dan fi'li. Jika ada membuat gerakan besar tiga kali berturut, maka solatnya boleh terbatal. Jika fikiran dan hatinya melayang maka ingatan, hubungan dan munajatnya dengan Allah akan terganggu. Jadi ia akan terus berusaha untuk mengawal diri dalam solat dan di luar solatnya.
 
Berdasarkan kesan tersebut, maka terbuktilah solat mampu mengawal perasaan dan hati daripada melakukan kemungkaran dan juga maksiat di kalangan orang Islam. Selain itu, Imam al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana orang tersebut tidak akan merasa gerun ketika malakukan perkara keji dan mungkar. Sembahyang yang khusyuk membantu manusia untuk tidak melakukan perkara mungkar dan maksiat. Selepas mengamati dan menghayati bacaan, maka akan terhakislah sikap-sikap hodoh yang ada pada diri sendiri. (Tuan Guru Haji Nik Abduk Aziz Nik Mat, 2)

SEMBAHYANG ADALAH UNTUK KEMASLAHATAN MANUSIA


Allah s.w.t memerintahkan sembahyang kepada manusia untuk kebaikan manusia sendiri kerana tujuan sembahyang itu agar dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Tidak sedikit orang di antara kita nampaknya iltizam mengerjakan sembahyang tetapi masih bergelumang dengan maksiat dan kemungkaran. Dengan itu, jelaslah bahawa solat membentuk diri seseorang muslim yang cemerlang dunia akhirat. Bagi mereka yang bersolat namun masih melakukan maksiat dan kemungkaran, itu bermakna solat mereka masih lagi belum sempurna untuk membentuk peribadi yang unggul di sisi Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda:
‘Sesiapa tidak terhalang kerana sembahyangnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka dia sebenarnya bertambah jauh dari Allah’’
 
Maka,benarlah bahawa sembahyang orang yang lalai tidak mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Mereka ini sememangnya dalam kerugiaan kerana mereka semakin jauh dari pencipta dan akan menanggung akibat perbuatan mereka itu di dunia atau di akhirat kelak.
Rasullullah bersabda:
‘Ramai sekali orang mengerjakan sembahyang, tetapi bahagian yang diperolehi dari sembahyangnya hanyalah penat dan letih’ Orang yang dimaksudkan Rasulullah ialah orang yang lalai dalam sembahyangnya. ( Ahamad Nahari,35)

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, menurut ahli-ahli sufi solat adalah sebenarnya satu permohonan serta satu percakapan antara makhluk dengan penciptanya. Sebab itu doa memerlukan persemadiannya yang penuh. Dalam ibadat-ibadat lain kita tidak perlu begitu berhati-hati. Oleh kerana itu, adalah mustahak bagi kita supaya penuh berhati-hati semasa bersolat kalau tidak solat kita adalah seumpama seseorang yang mengigau dalam tidur, tetapi sungguhpun solat kita tidak sedarjat dengan solat orang-orang yang soleh, maka janganlah pula kita meninggalkan solat itu. Tidaklah betul sama sekali kalau kita memikir bahawa tidaklah berfaedah bersolat kalau tidak dikerjakan dengan sempurnanya. Solat dengan kurang kesempurnaanya adalah lebih baik dari tidak bersolat langsung kerana akibatnya ialah seksa yang paling pedih di akhirat kelak. Sebab itu adalah jelas sejelas-jelasnya bahawa kita sekalian mesti berusaha dengan seikhlas-ikhlasnya untuk bersolat dan berdoa ke hadirat Allah s.w.t supaya Ia memberi kepada kita taufiq dan hidayah supaya dapat kita bersolat seperti mana orang-orang yang soleh bersolat di masa-masa dulu sekurang-kurangnya yang sedemikian itu ada pada kita untuk dipersembahkan ke hadirat Allah s.w.t. Di dalam sembahyang satu penumpuan minda yang jitu bagi mengingati keagungan dan kebesaran Illahi dimestikan. Jadi, apa juga perkara atau halangan yang boleh merosakkan penumpuan minda ini boleh mencederakan sembahyang itu. Dengan ini, maksud sembahyang tadi tidak akan tercapai. Apabila maksud sembahyang tidak tercapai sukar untuk seseorang itu memahami setiap bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi cara terbaik untuk menghindari maksiat atau mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap bacaan tersebut. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah s.w.t mesti berusaha untuk memperbaiki solat agar menjadi sempurnA. Sesungguhnya orang-orang yang tidak berusaha untuk memperbetulkan amalannya ialah golongan-golongan yang berada dalam kerugian.

Pasar Ramadhan 2011

Alhamdulillah..sudah 20 hari kita menjalani ibadah puasa.semoga ibadah yang kita jalani diterima Allah dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..Insyallah.

Sepanjang Ramadhan tahun ini..Yunie ada berkesempatan ke Pasar Ramadhan Shah Alam..meriah sungguh..bermacam2 juadah dijual..rasa macam nak beli semuaaaa(ish ish nafsu nafsu..)..nasib baik di dalam perjalanan ke Shah Alam tadi Yunie sudah senaraikan apa yang hendak dibeli..
nak share...ada 3 rule yang Yunie selalu amalkan sebelum ke pasar Ramadhan..(boleh jua diamalkan semasa nak membeli belah tempat lain..)

1-Plan apa yang hendak dibeli
Haaa..mesti kena plan tau..kalau tak..macam2 yang dibeli nanti..tak pun..disebabkan terlalu banyak pilihan..sampai tak tahu nak beli apa..kesudahannya berbuka puasa dgn kuih di dalam kereta..ish ish..

2-Bawa duit cukup2
Haaa tadikan dah plan..so bawak duit secukupnya..jangan terlebih banyak kerana ia akan membuatkan anda membeli sehingga duit tu habiss!! Dan jangan bawak duit tak cukup pulak..nanti penat nak buat muka comel dan muka kesian semasa pujuk makcik kat pasar untuk masuk bil dalam buku 555(erkkk..boleh ke??.. Hhahah)

3-Tanya diri..Keperluan atau Kemahuan
Haa..sebelum order tu..pk dulu...keperluan atau kemahuan..jangan pula nanti dikuatiri jadi pembaziran...

Tu la sedikit sebanyak yang Yunie amalkan..tapi kadang2 tu ..sesekali sekala tu break the rule jugak..hahah..yang tak baik jangan ikut tau..haha

Haa cakap pasal makanan..baaanyaaakk sangat yang dijual..Yunie paling suka cendawan goreng..susah nak dpat yang ni tau..ada diantaranya yang menarik perhatian Yunie adalah ikan pekasam dan ikan patin masak tempoyak..

Yummy..teringat kampung halaman..

Di bawah ini adalah ikan pekasam..sedap tau..

Wordless Wednesday

Wordless Wednesday

My Workout Challange - Excercise : Burpee + Running

Excercise Type : Burpee
Today lepas habis kerja..planning to do Burpee Challenge..Maximum Reps..dalam Time : 10 min..
Actually first time buat challenge ni..so nak try tengok berapa banyak yang boleh buat..lets do it.
OR
if cuaca baik..nak pi Running..jom.. get ready with your running gear ok..

Are You Fit Enough??


Sabtu, 25 June 2011.. Yunie ada try join AXN BIG CHALLANGE 2011 dengan cikhabibi.
For Qualifing round..we have to do Sit-ups dan Push-ups as much as possible in 30 seconds.. untuk peserta female, no knee push ups ok..so, we decided..me doing Sit-ups and cikhabibi doing Push-ups..finally, cikhabibi manage to complete 41 Push-ups in 30sec!!..OMG..i'm very proud of him..Me? only manage to complete around 20s Sit-ups..huhu..tersangat la sedih tak terpilih untuk 10 group untuk pergi ke next challange..but must fikir positive dan take it as challange..right?

i wonder..am i fit enough? is it running activity that i'm doing is enough to make me fit? obviously a big No!! Running je tak cukup..must do some workout also..so..this is it..i've to re-arange my schedule and have to include excercises in my daily rutine..MUST DO..

from now on..this date..i want to be more fit and healther than before..i challange myself..the truth is..I'M EXCITED..hee..so buka new note book to write down my workout activity..workout session yang pertama disaksikan oleh cikhabibi adalah Today!! excited and sweating like hell..hehe..

Wordless Wednesday


My Run @ Standard Charted Fun Run 2011

Alhamdulillah..selesai sudah larian Standard Charted Fun Run 2011.. tersangat la seronok..ini first time yunie join larian macam ni..selama ni syok sendiri je lari di gym or taman kat rumah..lari je ikot speed yang entah ape2 :-P..hehe..bila dah sertai larian macam ni..barulah tahu setakat mana keupayaan sendiri...ape pun..yang penting enjoy.. :)

Larian 5km katenye..tapi lepas lari..iPod ni tulis 6.44km..lebih kurang 7 km lah..memang la semput..selama ni berlari practice 5 km aje..hehehe..(tipu tipu tipuuuu...)..tulah..sepatutnya, kalau larian tu 5 km..practice mestila at least 2km lebih dari jumlah larian..baru la boleh berlari dengan tenang sambil tersenyum and sambil post...xde la tercungap2 macam ikan xde air...hehehe..

Pada 28 May 2011..jam berbunyi 6.30am..adoi..dah lambat ni..dah la perjalanan dari rumah ke sana lebih kurang 45 minit..dalam hati ni tawakal je..kalau ada rezeki Allah nak beri yunie join run ni..insyallah sempat sampai sana sebelum larian bermula..dah la jalan di Purtajaya ni memang fail lah..tambahan pula banyak jalan ditutup sempena Hari Belia..nasib baik ada banyak signboard + arrow menunjukkan jalan ke lokasi..alhamdullah sempat sampai..ni gambar sebelum larian...Flag Off pukul 8.00am..

Sementara menunggu pukul 8.00 am.sempat bergambar dengan rakan2 seangkatan..rasa sangat seronok..mission jangka pendek adalah untuk memastikan diri ini menamatkan larian..kalau menang or dapat hadiah tu adalah bonus..almaklum la..pertama kali join aktiviti macam ni..tak mahu nak meletakkan harapan tinggi (hehehe..alasan je kan kan kan)..

Semasa larian..sempat cikhabibi amek gambar..masa lari ni..mainkan lagu kegemaran..memang dah tak dengar dah ape orang cakap..

Selepas Larian :)
Alhamdulillah..semuanya selamat sampai dengan selamat :) mudah2han boleh la join aktiviti lain pulak lepas ni..btw..saya dah register Shape Night Run 2011 anda bila lagi..pada yang dah register tu..jumpa di sana yer :) adios~


Jom Berlari @ Standard Chatered 5KM Fun Run 2011

Here u go, ..teringat masa mula minat dengan berlari ni since last year..mulanya cuma suka-suka..lama2 berlari ni menjadi sesuatu menyeronokkan..mula2 memang rasa penat dan malas..tapi yunie suka feel selepas berlari tu..rasa segar je dan rasa sihat!!

One day terjumpa website Nike+plus ni.. tak sangka rupanya ada running gear yang boleh menambahkan keseronokan larian..mana taknya, dengan menggunakan running gear ini..boleh mengetahui jarak larian, kelajuan larian, jumlah pembakaran calory dan etc..nanti yunie cerita dengan lanjut bekenaan dengan Nike+plus ni ya..

Jom Berlari @ Standard Charted 5KM Fun Run 2011 pada 28 May ini (Sabtu)

kebiasaanya yunie lari kat gym je..almaklumlah dengan kadar jenayah di Malaysia ni..kes simbah asid ..ragut dan etc (eeee seram nak senaraikan kes2 jenayah ni..mintak di jauhkan la)..rasa macam xselamat untuk berlari sorang2..sebab tu yunie pilih gym..rasa selamat dan selesa..tak kira hujan atau panas..boleh berlari juga :)..akibat sudah mula terjebak dengan dunia larian ni.. ni pertama kali yunie nak cuba sertai larian FUN RUN ni..btw..larian ini diadakan sempena Hari Belia 2011 di Putrajaya..macam menarik aje kan.. ayuh sahabat sekalian..mari sertai larian ini..boleh dapatkan borang dan maklumat di sini..
jumpa di sana :)

sedikit sebanyak mengenai larian ini..

Acara Standard Charted 5KM Fun Run 2011
Lokasi Putrajaya
Tarikh 28 May 2011, Sabtu
Masa 6.30 am
Jarak 5km dan 3km (Costume dan Celebrity Run)
Yuran Freeee i Loike :))

It's Happened Before and It's Happen Again..owh no..

Hehheh..til now..i cant stop my self from laughing..what a silly mistake..

Bangun pagi setelah selesai solat subuh..terus bersiap-siap untuk ke pejabat..jarak rumah ke pejabat agak jauh..setelah melengkapkan diri dan buat apa yang patut..tanpa berlengah lagi ku terus menyarung sepatu kesayangan..yey..now i'm ready to go work..

Sampai je di pejabat..keluar dari kereta..dan ku mula perasan..O.M.G!!! ..malunyeee...

sepanjamg perjalanan dari kereta ke pejabat..teman-teman ada yang menegur dan ada yang tengok dengan pandangan pelik..malah ada yang kata "cantik kasut pink"..dalam hati ni..adoii..dah lama dah kasut ni ku pakai..kenapa harini baru nak tegur...bertambah-tambah maluuu...adoiiii...rasa macam nak menyorok je..

nak tahu kenapa?tadaaa...... ini lah dia..berbaju hijau dan bersepatu pink..macam traffic light dah..haha..no worries..ni kan trend baru(ini tujuan nak sedapkan hati)..


haha.. Peace No Harm :) and FYI..saye bukan buta warna ok :)

P/S:..syukur Allah jadikan ku sihat..alhamdulillah..moga Allah kurniakan jua kesihatan kepada seluruh ahli keluargaku..guru-guru yang mendidikku..sahabat-sahabatku dan semuanya..amin..

"The Blind Side" movie..So awesome!!!

Assalamualaikum..

Semalam tengok movie The Blind Side..sangat best..memandangkan Yunie memang lah suka cerita yang berkonsepkan motivation, inspiration dan family macam ni..membuatkan rasa nak bagun dan tepuk tangan setelah selesai tengok movie ini...mesti cikhabibi pelik...hahaha... yeah..must say..this movie is a great source of entertainment and inspiration..must see.. i bet it will pull your heart away..macam saya(sambil angkat tangan)..



"The Blind Side - mengisahkan kisah Michael Oher seorang anak muda Afrika-Amerika yang miskin dan tiada tempat tinggal. Oher tidak tahu siapa bapanya dan ibunya seorang penagih dadah. Dia telah diambil oleh satu keluarga kulit putih (Touhys Family) yang kaya dan membantu Oher untuk memenuhi potensinya. Pada masa yang sama, kehadiran Oher dalam kehidupan keluarga Touhys membantu mereka menemui diri mereka sendiri secara lebih mendalam....Keluarga Touhys banyak membantu Oher sehingga berjaya menjadi pemain rugbi(American Football) yang berjaya..."

..this movie is based on true story.... Michael Ohear and the Tuohy family....the Tuohy family brought Michael Ohear into their family when he was homeless teen and he is now a successful NFL star and an inspirational invidual...

What you can do with a sewing machine?

Alhamdulillah.... tak sangka betol kakak bagi pinjam mesin jahitnya..mengidam sesangat nak menjahit baju dari dulu lagi..lama dah pendam..banyak dah design baju lukis kat buku...konon macam designer la tuh..hahaha ..tapi halangannya adalah kerana tiada mesin jahit..bukan tak boleh menjahit kalau tak ada mesin..jahit tangan pon boleh sebenarnya..tapi..akibat kemalasan dan kurang kesabaran untuk menukar benang..lagi pulak kalau benang tu dah terbelit..heheh..sebab tu mesin jahit sangat perlu sebagai benda yang menjadi asas utama sebelum memulakan projek jahitan..hehe..
Projek pertama yang Yunie nak buat ialah BAJU KURUNG..almaklumlah..raya sudah nak dekat..kena practice buat ni..nanti hasilnya insyallah Yunie akan upload..jeng jeng jeng....nantikan ketibaanya..weheeee..soooo excited right now!!